Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Alya Nur Fashion House telah memulakan perniagaan sejak tahun 2009 di Ipoh, Perak dan kini beroperasi di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Saya, Puan Alia adalah pemilik AFH dan menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.
Bermula pada tahun 2009, setelah mendapat anak yang pertama. Saya mula minat dan ingin mendalami bidang jahitan. Dengan sokongan suami, saya telah menjalani kursus menjahit pakaian wanita di Sekolah Jahitan Fesyen Men Art, Ipoh. Seterusnya, menambah ilmu menjahit pakaian lelaki. Sekalung penghargaan kepada cikgu saya, Mr. Hee.
Selain itu, saya juga sentiasa mencari nilai-tambah dalam bidang ini dengan merujuk buku-buku jahitan daripada tokoh-tokoh tersohor tanan air seperti Puan Mariam Abu Bakar (pakar pakaian dan tekstil) , Puan Noraini Margono (pakar jahitan langsir), Suzana Mustafa (pakar sulaman) dan majalah-majalah tempatan berkenaan dengan 'belajar menjahit'. Info daripada sahabat-sahabat "maya" juga banyak membantu.
Perniagaan utama di AFH adalah menjahit pakaian. AFH menerima tempahan offline/online. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Sg. Petani, Kedah boleh terus datang ke rumah untuk membuat tempahan. Sekiranya anda di luar kawasan (berada jauh) / sukar mencari tukang jahit, bolehlah membuat tempahan online. Ada 3 kaedah untuk tempahan online, ambil ukuran sendiri / rujuk standard ukuran dipasaran / pos je contoh baju. Boleh rujuk page " tips ukuran" untuk maklumat terperinci.
Harga upah yang ditawarkan sangat2 berpatutan. Membantu anda untuk memiliki pakaian idaman dengan kos yang sangat2 BERBALOI dan lebih JIMAT. KUALITI pastinya TERBAIK kerana saya sangat2 mementingkan kepuasan pelanggan.
PERANCANGAN AKAN DATANG...
Saya amat bersyukur dan berdoa agar AFH akan terus berkembang maju. Menjadi sebuah butik jahitan yang berdaya saing setanding dengan nama-nama besar di negara kita dan antarabangsa. Saya juga berhasrat untuk mengeluarkan produk pakaian saya sendiri. Saya sedang mencari peluang dan mentor terbaik untuk saya mempelajari selok belok perniagaan supaya saya boleh mengorak langkah lebih jauh dalam bidang ini.
Terima Kasih kerana sudi membaca dan salam perkenalan drpd. saya!!!
Puan Alia @ Kak lia
WIP Batik...
10 years ago